Berita

RANTAU: 217 keluarga terjejas banjir terima bantuan RM1,000

RANTAU: Sebanyak 217 keluarga mangsa banjir di DUN Rantau menerima bantuan kewangan daripada Penyelaras DUN Rantau, Tuan Husin Haroon.

Husin berkata, seramai 217 ketua keluarga terjejas banjir menerima sumbangan kewangan itu daripada Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan.

“Penyerahan bantuan kewangan itu dibuat dari rumah ke rumah di 14 buah kampung yang dilanda banjir.

“Kawasan yang telah menerima bantuan tersebut adalah Kampung Pasir Linsum, Kampung Bemban, Kampung Sega dan Kampung Seliau.

“Kampung-kampung lain akan turut menerima bantuan ini secara berperingkat,” kata Husin selepas menyerahkan sumbangan di Kampung Pasir Linsum pada Khamis.

Husin berharap bantuan ini dapat memberikan manfaat kepada semua keluarga terjejas banjir.

“Terima kasih kepada YAB Menteri Besar yang peka dengan nasib mangsa banjir di Negeri Sembilan,” ujar Husin.

Show More

Related Articles

Back to top button