Berita

RANTAU: AMK tanggung yuran tertunggak murid Tabika Kemas

RANTAU: Angkatan Muda KeADILan (AMK) Negeri Sembilan akan menanggung yuran tertunggak murid dari keluarga yang berpendapatan rendah di Tabika Kemas Taman Kelab Tuanku, Mambau.

Naib Ketua AMK Negeri Sembilan, S.Sugumaran berkata, pada tahun 2019, beliau telah menampung kos penganjuran majlis penyampaian hadiah dan pada tahun lepas, telah menyumbang seunit alat pengawa dingin serta menampung sedikit kos membaikpulih (keceriaan) untuk keselesaan para murid.

“Usaha berterusan serta komitmen para guru serta pihak ibubapa tabika ini memberi semangat untuk saya (AMK) agar terus membantu tabika ini dalam menjalankan pelbagai aktiviti yang telah dirancang.

“Keperluan para murid tetap diberi perhatian yang serius tanpa pertimbangan fahaman politik serta kaum.

“Segala usaha harus menghasilkan impak yang positif dalam membangunkan pendidikan di usia kanak-kanak,” ujar Sugumaran.

Show More

Related Articles

Back to top button