Berita

RASAH: 6,000 keluarga bakal dapat bakul makanan

RASAH: Ahli Parlimen Rasah, YB Cha Kee Chin berkata, 6,000 keluarga dari Parlimen Rasah akan mendapat bantuan bakul makanan yang akan diagihkan secara berperingkat-peringkat bermula esok (8 Julai).

“Bantuan makanan ini termasuk beras, minyak masak, tepung gandum, biskut, mee hoon, serbuk kopi dan bijirin campuran untuk kanak-kanak yang akan diagihkan kepada 6,000 keluarga yang terjejas pendapatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan 3.0.

“Peruntukan RM300,000 untuk Program Bakul Makanan Parlimen Rasah ini akan dimanfaatkan semaksima mungkin.

“Justeru, setiap keluarga akan menerima bakul makanan bernilai RM50.

“Nilai bakul makanan ini dihadkan kepada RM50, agar lebih ramai rakyat di Parlimen Rasah menerima manfaat dari bantuan bakul makanan ini,” jelas Cha.

 

Show More

Related Articles

Back to top button