Aktiviti

Ravi: 25 pelajar terima bantuan kewangan IPT

SRI TANJUNG: Seramai 25 pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) menerima bantuan pendidikan dari ADUN Sri Tanjung, YB Dato’ M.Ravi.

Ravi dalam ucapannya memberi penerangan mengenai pelbagai insentif dan inisiatif yang Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan perkenalkan kepada rakyat Negeri Sembilan.

‚ÄúSelain itu saya juga menghulurkan pelbagai bantuan kepada golongan yang memerlukan di DUN Sri Tanjung melalui peruntukan pejabat saya,” kata Ravi.

Melalui Insentif IPT tersebut, pelajar yang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah menerima RM1,000; Diploma RM750 dan Sijil RM500.

Ravi menyerahkan bantuan kewangan tersebut di Pusat Khidmat Rakyat DUN Sri Tanjung.

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button