Berita

Ravi agih bantuan makanan kepada 100 keluarga terkesan akibat Covid-19

SRI TANJUNG: Sebanyak 100 keluarga yang terjejas pendapatan akibat pandemik Covid-19, menerima bantuan makanan dari ADUN Port Dickson, YB Dato’ M.Ravi.

Ravi berkata, bantuan makanan asas ini disalurkan kepada penduduk setempat menerusi MPKK di DUN Sri Tanjung.

“Pusat Khidmat Rakyat DUN Sri Tanjung sentiasa mengemaskini dan mengumpul data keluarga yang terjejas pendapatan dan yang dikuarantin akibat Covid-19.

“Bantuan sewajarnya sentiasa disalurkan bagi meringankan beban keluarga yang terkesan akibat Covid-19,” katanya.

Ravi berkata bantuan makanan asas dihulurkan kepada 30 keluarga di Kampung Arab, 30 keluarga di Kampung Paya, 20 keluarga di Kampung Hailam dan 20 keluarga di Kampung Gelam.

Show More

Related Articles

Back to top button