Berita

Ravi dan HRC sepakat atasi isu pencemaran bau di Port Dickson

PORT DICKSON: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung, Dato’ M.Ravi dan pengurusan Hengyuen Refinery Company (HRC) Port Dickson, mengadakan satu mesyuarat untuk mencari jalan penyelesaian mengatasi masalah pencemaran bau yang berpunca dari kilang tersebut.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ravi berbincang mengenai masalah berbau toksin daripada kilang minyak Hengyuan (Shell) Port Dickson akibat kebakaran tangki minyak sebulan yang lalu.

“Perbincangan panjang lebar berlangsung di antara semua pihak yang hadir dan isu ini diharap dapat diselesaikan dalam tempoh dua bulan.

“Kita sentiasa utamakan soal kebersihan, kesihatan dan keselamatan penduduk Port Dickson,” kata Ravi.

Turut hadir wakil Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan, Pejabat Kesihatan Daerah Port Dickson, Ketua Polis Daerah, Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan (DOE) dan Ahli Majlis MPPD, Encik Lional Perera.

Show More

Related Articles

Back to top button