Berita

Ravi: Isu banjir Kampung Air Meleleh akan diambil tindakan segera

SRI TANJUNG: Permasalahan banjir kilat di Kampung Air Meleleh, Port Dickson mendapat perhatian ADUN Sri Tanjung, Dato’ M.Ravi.

Petang kelmarin, Ravi bersama Yang DiPertua (YDP) Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Tuan Mohd Zamri Mohd Esa dan Ketua MPKK Kampung Gelam Encik Baharudin telah meninjau beberapa lokasi di Kampung Air Meleleh yang menjadi punca banjir.

“Terdapat beberapa beberapa tempat di Kampung Air Meleleh di mana longkang dan saliran air tersumbat dengan rumput rumpai yang tidak dibersihkan yang mengakibatkan berlakunya banjir kilat semasa hujan.

“Ada juga terdapat sebahagian longkang berbentuk ‘U’ yang dibina sebelum ini tidak teratur dan airnya bertakung, maka laluan airnya tidak lancar.

“Saya telah momohon kepada YDP MPPD supaya mempercepatkan kerja pembersihan dan membaiki longkang-longkang yang tidak teratur dan rosak,” kata Ravi.

Turut hadir Juruteknik Bahagian Kejuruteraan MPPD, Encik Amin dan Ahli Majlis MPPD, Encik Lionel Perera.

Show More

Related Articles

Back to top button