Berita

Ravi lancar operasi sanitasi awam berskala besar

SRI TANJUNG: ADUN Port Dickson, YB Dato’ M.Ravi melancarkan operasi sanitasi awam nyah kuman berskala besar di DUN Sri Tanjung.

Ravi berkata, sebanyak 25 kawasan perumahan telah disanitasi awam setakat ini.

Kawasan yang telah disanitasi ialah Taman PD Utama, Taman Kampung Gelam, Taman Selasih, Taman Desa Permai, Taman Sri Bandar, Taman Minang, Taman D’Tropika, Taman Fore Sae, Taman Kampung Gelam, Taman 7 Puteri, Taman Bayu, Taman Bukit Samudera.

Taman Sae View, Taman Ken Yap, Happy Garden, Kampung Paya, Taman Muhibbah, Taman Mewah, Taman Koperasi Setia, Taman PD Suria, Taman Nesa, Taman Impian Putra, Taman Delima, Taman PD Teknik dan Rumah Rakyat Kampung Paya.

“Kerja-kerja sanitasi berskala besar ini melibatkan kawasan hot spot termasuk kawasan perumahan yang ada kes Covid-19 dan keluarga yang sedang menjalani kuarantin di rumah.

“Saya berharap penduduk DUN Sri Tanjung terus berwaspada dengan wabak Covid-19 ini dan jagalah kebersihan diri.

“Patuhilah semua SOP yang digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Semoga kita semua sentiasa dilindungi daripada bahaya virus Covid-19,” kata Ravi.

Show More

Related Articles

Back to top button