Berita

Ravi santuni 100 keluarga Tionghua sempena perayaan Kuih Bulan

SRI TANJUNG: Sempena sambutan perayaan Kuih Bulan, ADUN Sri Tanjung, YB Dato’ M.Ravi mengagihkan 100 kotak Kuih Bulan kepada masyarakat Tionghua di sekitar Port Dickson.

“Sempena sambutan perayaan Kuih Bulan, saya telah mengagihkan Kuih Bulan kepada 100 keluarga Tionghua di Kampung Gelam/Air Meleleh, Kampung Arab dan Kampung Paya.

“Semoga sumbangan ini menggembirakan keluarga penerima lebih-lebih lagi dalam suasana pandemik Covid-19,” ujar Ravi.

Sementara itu, penduduk yang ditemui mengucapkan terima kasih kepada Ravi di atas pemberian kuih bulan itu.

Show More

Related Articles

Back to top button