Berita

Ravi santuni petugas PPV Port Dickson

SRI TANJUNG: ADUN Sri Tanjung, YB Dato’ M.Ravi telah meninjau Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan PD Utama, Port Dickson.

“Saya bersama Ahli Majlis Perbandaran Port Dickson dan pengurusan MPKK DUN Sri Tanjung turun padang untuk melihat sebarang keperluan di PPV ini.

“Proses pemberian vaksin di PPV ini berjalan dengan lancar.

“Saya telah menyumbang lima kotak air mineral kepada petugas di PPV ini,” kata Ravi.

Ravi berkata, beliau dimaklumkan oleh pegawai perubatan yang bertugas; bahawa secara purata seramai 250 individu menerima vaksin di PPV Dewan PD Utama setiap hari.

Show More

Related Articles

Back to top button