Berita

Ravi: Saya akan bantu baiki rumah rosak akibat pokok tumbang

Kos pembaikan dianggarkan lebih kurang RM10,000

PORT DICKSON: Ekoran sebuah rumah yang rosak teruk akibat kejadian pokok tumbang di Jalan Lama, Kampung Arab, Port Dickson, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung, YB Dato’ M.Ravi tampil untuk membantu keluarga Encik Osman Tahir.

“Sebatang pokok telah menghempap rumah Osman akibat hujan lebat dengan angin kencang.Jan 4.00 pagi kerana hujan lebat dengan angin kencang.

“Saya telah menyumbangkan RM300 sebagai bantuan segera dan saya berjanji, Pusat Khidmat DUN Sri Tanjung akan menanggung kos membaiki kerosakan di rumah tersebut dengan anggaran perbelanjaan lebih kurang RM10,000.00.

“Keluarga Osman seramai lapan orang tinggal di rumah ini.

“Sementara rumah ini dibaiki, mereka kini tinggal di rumah abang Osman untuk sementara waktu,” kata Ravi yang juga merupakan Timbalan Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri.

Show More

Related Articles

Back to top button