Aktiviti

Ravi sumbang baucer RM100 kepada 400 keluarga Hindu

SRI TANJUNG: ADUN Sri Tanjung, YB Dato’ M.Ravi telah mengadakan Majlis Penyampaian Baucar Bantuan Hari Deepavali 2021 di Dewan MPPD Port Dickson.

Majlis ini dirasmikan oleh Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan, YB Dato’ Zulkefly Mohamad Omar.

Turut hadir, ADUN Rahang, YB Mary Josephine Prittam Singh; Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah dan Penyelaras DUN Bagan Pinang, Tuan Nasir Rahman.

“Sebanyak 400 keluarga kurang berkemampuan dari DUN Sri Tanjung menerima baucer pembelian barangan keperluan dapur dan Deepavali bernilai RM100,” kata Ravi.

Show More

Related Articles

Back to top button