Berita

Rebin agih 200 ‘Hamper Deepavali’

PALONG: Penyelaras DUN Palong, Tuan Rebin Birham mengagihkan ‘Hamper Deepavali’ kepada 200 keluarga kurang berkemampuan di sekitar DUN Palong, Bahau dan Jeram Padang.

“Sumbangan yang tidak seberapa ini diharapkan memeriahkan lagi sambutan Deepavali keluarga yang tidak berkemampuan di DUN Palong, Bahau dan Jeram Padang.

“Saya sentiasa mengambil berat permasalahan dan kebajikan masyarakat setempat termasuk kaum India.

“Semasa menyerahkan sumbangan kepada sebuah keluarga di Felda Palong 4, saya menerima pertanyaan daripada salah seorang ahli keluarga berhubung bantuan kebajikan bagi cucunya yang OKU.

“Insyah Allah saya akan membantu keluarga ini untuk mendapatkan bantuan kebajikan yang sewajarnya,” kata Rebin.

Turut bersama, Naib Ketua 1 Cabang KeADILan Jempol, Saudara Faiz Gobi Abdullah; Setiausaha Cabang KeADILan Jempol, Saudara Mohd Akhir Rantau dan Ahli Jawatankuasa Wanita Keadilan Cabang Jempol, Puan Nirmala Mathevan.

Show More

Related Articles

Back to top button