Aktiviti

Rebin ambil inisiatif bersihkan Padang Awam Palong 6

PALONG: Pejabat Penyelaras DUN Palong dengan kerjasama MPKK Felda Palong 6 telah mengadakan gotong-royong membersihkan Padang Awam Felda Palong 6.

Penyelaras DUN Palong, Tuan Rebin Birham berkata, Padang Awam Felda Palong 6 sekian lama terbiar dan bersemak samun.

“Ini menyebabkan golongan belia atau Generasi Kedua Felda tiada tempat untuk beriadah dan bersukan.

“Justeru, saya mengambil inisiatif untuk membersihkan padang ini yang boleh memanfaatkan anak muda untuk bersukan di sini,” kata Rebin.

Rebin juga berkesempatan bersuai kenal dengan pemain bolasepak dari pasukan Felda Palong 6 yang akan beraksi di Kejohanan Piala Menteri Besar Peringkat DUN Palong yang dijadualkan berlangsung pada 30 Oktober ini.

Turut hadir membantu, Pengurus Felda Palong 6, Encik Mahfuz; Setiausaha MPKK Felda Palong 6, Encik Ramdan; Pengerusi MPKK Felda Palong 5, Encik Razali Salleh dan setiausahanya, Encik Sukeriyman Abu.

Show More

Related Articles

Back to top button