Berita

Rebin: Cabang KeADILan Jempol berfungsi seperti biasa

Fokus kepada agenda REFORMASI parti

JEMPOL: Naib Ketua Cabang KeADILan Jempol, Saudara Rebin Birham menafikan sekeras-kerasnya dakwaan segelintir Ahli Jawatankuasa (AJK) Cabang KeADILan Jempol yang keluar parti kononnya Cabang KeADILan Jempol telah lumpuh.

Rebin yang juga kini Pemangku Ketua Cabang KeADILan Jempol berkata, tindakan beberapa AJK Cabang KeADILan Jempol keluar parti itu telah pun dijangka.

“Tindakan beberapa AJK Cabang KeADILan Jempol yang mengumumkan keluar parti dan menurunkan papan tanda parti dengan dicemari perilaku tidak sopan menendang dan memijak logo parti, saya anggap sebagai tindakan keterlaluan.

“Saya ingin menyatakan bahawa KeADILan Cabang Jempol tidak terjejas sama sekali sebagaimana yang didakwa oleh mereka dan berfungsi seperti sediakala malahan akan terus fokus kepada agenda REFORMASI yang merupakan idealisme perjuangan KeADILan.

“Justeru KeADILan Cabang Jempol akan merangka gerak kerja baru berbekalkan semangat baru dan buah fikiran yang lebih segar dan matang dalam mendepani masalah rakyat.

“Semoga KeADILan Cabang Jempol terus kukuh dan maju jaya,” kata Rebin yang juga Ahli Majlis Pimpinan KeADILan Negeri Sembilan selepas mengadakan perbincangan rutin dengan sebahagian AJK KeADILan Jempol di kediamannya di Felda Palong 10.

Show More

Related Articles

Back to top button