Berita

Rebin: Cabang KeADILan Jempol sedia hadapi PRU-15

JEMPOL: Naib Ketua Cabang KeADILan Jempol, Saudara Rebin Birham berkata, jentera Pilihan Raya Cabang KeADILan Jempol berada dalam mode bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sekiranya ianya diadakan dalam masa terdekat.

“Kita Ahli Jawatankuasa di Cabang Jempol sentiasa mengambil kira worst case scenario.

“Kita ambil senario bagaimana sekiranya parlimen dibubarkan dalam masa terdekat.

“Justeru, kita sentiasa bersiap sedia dengan persiapan jentera pilihan raya di peringkat cabang dan DUN,” kata Rebin selepas Taklimat Jentera Pilihan Raya Cabang Jempol di Balai Raya Felda Palong 4, pagi kelmarin.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Pilihan Raya KeADILan Negeri Sembilan, Senator Dr.Ahmad Azam Hamzah berkata, Cabang Jempol merupakan cabang ketiga yang diberi taklimat dalam siri jelajah Jabatan Pilihan Raya KeADILan Negeri Sembilan.

“Kita telah selesai mengadakan taklimat di lima cabang sebelum ini termasuk Jelebu, Rembau, Kuala Pilah, Tampin dan Port Dickson.

“Cabang Jempol adalah cabang keenam taklimat dikendalikan dan esok untuk Cabang Rasah (23 Ogos).

“Taklimat untuk Cabang Seremban akan diadakan pada 13 September ini.

“Ini adalah usaha parti untuk persiapkan dan memantapkan jentera pilihan raya sedia ada di peringkat cabang,” kata Ahmad Azam.

Show More

Related Articles

Back to top button