Berita

Rebin: Masjid Kampung Jeram Panjang akan dibaikpulih

PALONG: Keadaan Masjid Kampung Jeram Panjang yang terbiar dan uzur sejak sekian lama, akhirnya mendapat perhatian Penyelaras DUN Palong, Tuan Rebin Birham.

Rebin ditemani Pengerusi MPKK Kampung Jeram Panjang, Encik Ramli Latif telah melawat keadaan masjid tersebut.

“Saya mendapati beberapa kerosakan struktur yang perlu dbaiki.

“Ini termasuk pembaikan pintu masjid, sistem paip air untuk tujuan wudhu dan mengecat semula masjid ini.

“Saya akan panjangkan permasalahan ini kepada Pejabat Daerah Jempol untuk mendapatkan peruntukan membaik pulih masjid ini,” kata Rebin.

Show More

Related Articles

Back to top button