Aktiviti

Rebin: Menjual makanan ternakan satu kreativiti perniagaan harus dicontohi

PALONG: Penyelaras DUN Palong, Tuan Rebin Birham telah meluangkan masa melawat seorang usahawan muda yang menjual keperluan makanan untuk ternakan lembu dan kambing di Felda Palong 4.

“Usaha beliau berkecimpung dalam perniagaan ini haruslah dipuji dan dicontohi.

“Beliau berani mencuba satu perniagaan yang bukan kelaziman dan di sini ianya memperlihatkan kreativiti beliau.

“Saya berharap lebih ramai usahawan muda dapat dilahirkan di DUN Palong,” kata Rebin.

Sementara itu, Rebin mengadakan satu perbincangan bersama wakil Pengurus Felda dan MPKK DUN Palong di Pejabat Penyelaras DUN Palong.

“Pelbagai perkara dibincangkan termasuk soal keceriaan, kesejahteraan dan keharmonian kampung.

“Pejabat Penyelaras DUN Palong sedia bekerjasama dengan pihak pengurusan Felda demi kemajuan kampung,” ujar Rebin.

Show More

Related Articles

Back to top button