Aktiviti

Rebin santuni masyarakat India sempena Ponggal

JEMPOL: Ketua Cabang KeADILan Jempol, Saudara Rebin Birham telah menyantuni masyarakat India sekitar Bahau sempena sambutan Pesta Ponggal.

Rebin menyampaikan sumbangan berbentuk barangan asas masakan kepada 20 keluarga India kurang berkemampuan untuk sambutan Hari Ponggal.

“Saya berpeluang menyantuni masyarakat India sekitar Bahau yang menyambut Pesta Ponggal.

“Saya juga berkesempatan mengunjungi Pejabat Persatuan Pemandu-Pemandu Teksi India Bahau dan mendengar rintihan mereka yang mana pendapatan mereka kini sangat terjejas akibat pandemik Covid-19.

“Saya berasa simpati di atas kesulitan yang dialami oleh mereka dan berharap agar mereka dapat menempuhinya dengan penuh kesabaran. Saya akan berusaha untuk membantu meringankan beban yang ditanggung,” kata Rebin.

 

Show More

Related Articles

Back to top button