Aktiviti

Rebin santuni peniaga dan anak muda sempena Ramadhan

PALONG: Sempena bulan Ramadhan, Penyelaras DUN Palong, Tuan Rebin Birham menyantuni golongan peniaga dan anak muda.

“Saya mengambil kesempatan bertemu para peniaga dan penjaja Bazar Ramadhan di Kompleks Sukan Komuniti Palong 6, dan mengedarkan kurma serta menyampaikan sumbangan kewangan kepada persatuan peniaga.

“Selain itu saya juga sempat mengagihkan pengat pisang kepada orang ramai bersama Persatuan Kendarat Rela DUN Palong berdekatan dengan stesen minyak Felda Palong 14, 15 & 16.

“Seterusnya saya menghadiri jemputan majlis berbuka puasa dan meraikan Anak-Anak PDK Felda Palong 9,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button