Aktiviti

Rebin sumbang dua buah mesin rumput kepada Felda Palong 10 dan 11

PALONG: Penyelaras DUN Palong, Tuan Rebin Birham menyumbang sebuah mesin rumput tolak dan sebuah mesin rumput sandang kepada pengurusan Felda Palong 10 dan 11.

“Saya menyumbang dua buah mesin rumput ini untuk kerja pembersihan Padang Awam Palong 10 dan 11.

“Saya juga sempat bertukar-tukar pandangan tentang beberapa perkara terutamanya berkaitan masalah generasi baru Felda yang amat memerlukan perhatian Felda dan kerajaan pusat, khususnya melibatkan isu perumahan,” ulas Rebin.

Rebin menyerahkan dua buah mesin rumput ini kepada Pengurus Felda Palong 10 dan 11, Encik Nazarudin Alwi.

 

Show More

Related Articles

Back to top button