Berita

Rebin sumbang RM20 ribu bantu usahawan kecil

Golongan suri rumah digalakkan menyertai program PH GEM

PALONG: Penyelaras DUN Palong, Tuan Rebin Birham telah menyumbang RM20,000 kepada 20 usahawan kecil DUN Palong di Balai Raya Felda Palong 14, 15, 16.

“Sejak pandemik Covid-19, sektor perniagaan juga terjejas teruk terutamanya peniaga kecil. Pendapatan peniaga kecil juga merosot.

“Diharapkan penyampaian bantuan perniagaan dan usahawan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban operasi peniaga dan usahawan kecil,” katanya.

Dalam ucapan perasmian, Rebin berkata, banyak cadangan telah beliau utarakan kepada pihak yang berkenaan untuk pembangunan masyarakat di DUN Palong.

“Saya mencadangkan untuk membina Dataran Usahawan Palong yang dilengkapi dengan astaka untuk Generasi Kedua di Palong 4, 5 dan 6.

“Ini bertujuan untuk menyediakan satu platfom yang tersusun agar anak peneroka dapat menceburi bidang perniagaan, memajukan diri, keluarga¬† dan ekonomi setempat,” kata Rebin.

Rebut peluang perniagaan PH GEM dan TUNS

Terlebih dahulu Editor Negeri Kita, Encik Faiz Abdullah memberi taklimat berkenaan insentif dan inisiatif yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan.

“Golongan suri rumah harus merebut peluang berniaga dan menjana pendapatan sampingan dengan menyertai program kemahiran perniagaan Power House Wanita Gemilang (PH GEM) yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri secara percuma.

“Peserta program akan diajar bagaimana produk yang dihasilkan boleh dijual secara komersial.

“Selain itu sebagai modal permulaan untuk berniaga, Kerajaan Negeri menawarkan geran bernilai RM3,000 di bawah Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan (TUNS),” kata Faiz.

Turut hadir Pengurus Felda Palong 14, 15, 16, Encik Azhar Kasim; Ketua Peneroka Felda Palong 15, Encik Mohd Akhir Rantau; Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa MPKK Palong 3, 4, 6 serta Kampung Jeram Panjang.

 

Show More

Related Articles

Back to top button