Aktiviti

Remaja Melayu dan India bergotong royong bersihkan gelanggang futsal

SEREMBAN JAYA: DAP Cawangan Taman Sri Mawar dan Persatuan Hindu Dharma Mamandram Negeri Sembilan dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat DUN Seremban Jaya telah menganjurkan sebuah aktiviti gotong royong di Taman Sri Mawar, Senawang.

ADUN Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren berkata, aktiviti gotong royong membersihkan gelanggang futsal Taman Sri Mawar yang terbiar dan ditumbuhi semak samun ini berjaya menghimpunkan remaja Melayu dan India dari taman perumahan tersebut.

“Selain dapat membersihkan gelanggang futsal dan kawasan persekitaran, aktiviti ini juga berjaya mengeratkan sillaturrahim dan perpaduan di antara remaja Melayu dan India di Taman Sri Mawar ini.

“Semangat perpaduan haruslah dipupuk dari zaman kanak-kanak dan remaja, agar ikatan dan jalinan muhibbah ini dapat di bawa ke masa depan apabila mereka menjadi dewasa.

“Gelanggang futsal ini juga nampak lebih ceria selepas dibersihkan dan semangat para remaja turut terserlah untuk menggunakan gelanggang ini untuk tujuan riadah dan aktiviti berfaedah,” kata Gunasekaren.

Turut hadir Setiausaha Cawangan DAP Taman Sri Mawar, Saudara N.Jayakumar dan Pengerusi Persatuan Hindu Dharma Mamandram Negeri Sembilan, Saudara Sellamuthu.

Gunasekaren berkata, kerosakan dan kerja-kerja menaik taraf gelanggang futsal ini telah dipanjangkan kepada Jabatan Taman dan Landskap Majlis Bandaraya Seremban (MBS) untuk tindakan selanjutnya.

“Saya juga berharap peruntukan MARRIS dapat digunakan untuk tujuan ini, agar gelanggang futsal dapat dimanfaatkan untuk tujuan bersukan dan aktiviti berfaedah melibatkan pelbagai kaum.

“Saya juga berpeluang memberi Ang Pau (duit saguhati) kepada remaja yang hadir dan manakala Saudara Sellamuthu menyumbang sebiji bola futsal kepada wakil pasukan Futsal Taman Sri Mawar,” ujar Gunasekaren.

Show More

Related Articles

Back to top button