Aktiviti

Repah: Keluarga kurang kemampuan disantuni Veerapan

REPAH: ADUN Repah, YB Veerapan Superamaniam bersama MPKK Kampung Tampin Tengah telah menyantuni keluarga Encik Murli Tharan Balakrishnan di Taman Bukit Tampin.

Murli Tharan bekerja sebagai pengawal keselamatan dan mempunyai dua orang anak. Anak perempuannya berhenti sekolah kerana sakit slip disc dan memerlukan rawatan.

“Anak lelaki pula bersekolah di Tingkatan Satu di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Syed Idrus.

“Isterinya Puan Nermala juga menghidapi pelbagai jenis penyakit.

“Justeru, untuk meringankan beban keluarga ini, saya telah menyampaikan sumbangan kewangan dan barang keperluan dapur,” kata Veerapan.

Turut hadir Penolong Pegawai Daerah Tampin, Cik Hawa; Pengerusi MPKK Kampung Repah, Encik Zaharudin Johan, pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Tampin dan kakitangan Klinik Kesihatan Tampin.

Show More

Related Articles

Back to top button