Berita

REPAH: Veerapan santuni 1,000 ibubapa sempena sambutan Hari Ibu dan Bapa

REPAH: ADUN Repah, YB Veerapan Superamaniam telah menyampaikan sumbangan 1,000 unit cenderamata kepada para ibubapa di DUN Repah sempena Hari Ibu dan Bapa.

Cenderamata yang berbentuk set sudu, garfu dan ‘chop stick’ ini, telah diedarkan kepada penduduk tempatan melalui MPKK, NGO dan pemimpin parti DAP Tampin; agar para ibu bapa di DUN Repah berada dalam suasana sederhana dan selamat.

“Hari Ibu dan Bapa Sedunia kali ini disambut dalam keadaan yang mencabar oleh kerana kita sedang menempuh fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dalam usaha kita memerangi wabak Covid-19.

“Hari Ibu dan Bapa Sedunia adalah seperti tepukan pada belakang setiap ibubapa di atas komitmen mereka, pengorbanan sepanjang hayat dan sentiasa meletakkan keperluan anak mereka melebihi keperluan mereka sendiri.

“Sambutan tersebut bukan sahaja untuk menghargai mereka, tetapi untuk mengakui peranan besar yang mereka mainkan dalam hidup,” kata Veerapan.

Veerapan yang juga Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan berkata, sambutan Hari Ibu dan Bapa ini tentunya diraikan dalam suasana berbeza berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang berkuat kuasa dalam usaha kita membendung peningkatan kes jangkitan Covid-19.

“Sambutan Hari Ibu dan Bapa ini perlu menjadi tumpuan utama dalam usaha kita menjalin ikatan kasih sayang yang erat antara ibu, bapa dan anak. Sambutan ini sudah tentu akan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan, walaupun pada masa yang sama pandemik Covid-19 sedang mengancam kehidupan normal kita.

“Marilah bersama-sama kita menghargai jasa dan pengorbanan insan bergelar ibu dan bapa, hargailah mereka walaupun hanya melalui perbualan telefon, ucapan sayang, pelukan, ciuman keluarga dan ingatan kepada mereka.

“Semoga sumbangan tersebut merupakan tanda penghormatan daripada saya dan kita semua terus hidup bersama-sama dalam kedamaian dan harmoni,” ujar Veerapan yang juga Ahli Jawatankuasa DAP Negeri Sembilan.

Hari Ibu dan Bapa Sedunia disambut setiap 1 Jun.

 

Show More

Related Articles

Back to top button