Berita

Rizab Kerajaan Negeri berjumlah RM861.7 juta

SEREMBAN: Hasil pentadbiran yang cekap dan penuh integriti, Kerajaan Negeri Sembilan berjaya meletakkan rizab Kumpulan Wang Disatukan sebanyak RM861.7 juta.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, ia sekaligus berada dalam keadaan yang sangat kukuh.

“Hasil yang diperolehi ini dikembalikan semula kepada rakyat dalam bentuk inisiatif seperti bantuan yang diberikan sewaktu pandemik Covid-19 dan banjir pada tahun lalu.

“Saya dan barisan kepimpinan Kerajaan Negeri akan sentiasa berusaha bagi memastikan rizab negeri kukuh dan mampu menyediakan inisiatif yang pelbagai kepada rakyat di negeri ini,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button