Berita

RM400 ribu diperuntukkan untuk pembangunan pertanian bandar di Negeri Sembilan

SEREMBAN: Jabatan Pertanian Negeri Sembilan telah menerima peruntukan sebanyak RM400, 000 untuk menyokong pembangunan pertanian bandar di Negeri Sembilan kata Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Bakri Sawir.

“Ini termasuk memberi sumbangan in-kind bagi menyokong pertanian bandar seperti benih, baja, infrastruktur, peralatan, khidmat nasihat dan latihan bernilai RM500.00 bagi setiap individu dan RM50, 000. bagi setiap komuniti.

“Selain itu produk pertanian komoditi berdaya maju juga sedang diusahakan di Negeri Sembilan.

“Ini termasuk durian (D197, D24, D168, MDUR88 dari Mardi), kelapa, nangka, nanas MD2, jagung dan sayur-sayuran jenis berbuah dan berdaun.

“Dalam perikanan pula udang galah menjadi komoditi yang utama yang dimajukan di Kuala Pilah dan ikan kelah sedang giat diusahakan oleh penternak di Negeri Sembilan,” jelas Bakri yang juga merupakan ADUN Klawang.

Bakri berkata Kerajaan Negeri berusaha membantu pengusaha mempromosi produk mereka dengan penganjuran NS Fest.

Bakri berkata Kerajaan Negeri Sembilan juga membantu pengusaha pertanian mempromosi produk mereka dengan penganjuran NS Fest, manakala Jabatan Pertanian pula dengan penganjuran Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) dan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Antarabangsa (MAHA).

“Di Negeri Sembilan kita perkenalkan promosi program Pasar Segar Terkawal (PST) yang telah membantu usahawan Pertubuhan Peladang dalam memasarkan produk mereka di PST Pertubuhan Peladang Negeri Sembilan yang diadakan setiap Isnin, Rabu dan Jumaat bermula pukul 09.00 pagi hingga 01.00 tengahari.

“Dalam usaha mewujudkan peluang pemasaran produk ke luar negara, Jabatan Pertanian telah memperkenalkan Pensijilan mpGAP (Malaysian Good Agricultural Practice) untuk membantu pengusaha dan usahawan meningkatkan hasil jualan serta mewujudkan jaringan pasaran yang lebih luas (eksport),” kata Bakri dalam sesi temubual di studio radio Negeri FM di Sungai Gadut, Seremban.

Show More

Related Articles

Back to top button