Menarik

Dari Gunung Kinabalu ke Gunung Everest: AMINUDDIN

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berharap Kelab Rekreasi Kakitangan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) boleh menawan Gunung Everest pada masa akan datang.

“Pada masa akan datang, mungkin boleh anjurkan expedisi ke Gunung Everest.

“Saya tahu cabaran pendakian ke Gunung Everest lebih sukar, tetapi mungkin boleh letakkan sasaran pendakian sekurang-kurangnya sehingga ke Base Camp 1.

“Itu pun sudah mencapai satu kejayaan yang boleh dibanggakan,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Flag-Off Program Mendaki Gunung Kinabalu anjuran Kelab Rekreasi Kakitangan MPPD.

“Saya mendoakan semua peserta diberikan kekuatan, semangat dan dipermudahkan segala urusan agar misi pendakian Gunung Kinabalu ini berjaya dan semua peserta pulang dengan selamat.

Program ini dilaksanakan sempena ulangtahun ke-20 MPPD di samping menggalakkan amalan gaya hidup sihat di kalangan kakitangan MPPD.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button