BeritaProgram

RM557,245 dikumpul Kerajaan Negeri dalam program tukar hakmilik kekal

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan telah mengumpul premium sebanyak RM557,245 melalui permohonan penukaran tempoh pegangan hakmilik daripada pajakan kepada selama-lamanya bagi 144 hakmilik di Pejabat Daerah dan Tanah Seremban.

Manakala permohonan di Pejabat Daerah dan Tanah yang lain sedang dalam proses untuk mendapatkan kelulusan dan bayaran premium daripada pemohon.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, sebanyak 207 permohonan diluluskan (40.9 peratus) daripada 505 permohonan diterima di seluruh Negeri Sembilan.

Pecahan permohonan bagi setiap daerah adalah seperti berikut:

Seremban – 241 permohonan, 162 diluluskan= 67.2 peratus.

Gemas – 35 permohonan, 21 diluluskan= 60 peratus.

Tampin – 35 permohonan, 17 diluluskan= 48.6 peratus.

Jempol – 148 permohonan, tujuh diluluskan= 4.7 peratus.

Port Dickson – 11 permohonan dalam proses.

Rembau – 35 permohonan dalam proses.

Aminuddin berkata demikian bagi menjawab soalan yang dikemukakan oleh ADUN Lobak, YB Chew Seh Yong (Pakatan Harapan) di Persidangan Pertama Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14 pada Rabu.

Chew bertanya, jumlah permohonan dan kelulusan penukaran rumah hak milik kekal dan jumlah premium yang dikutip Kerajaan Negeri dalam program pertukaran tanah hak milik kekal.

Pertukaran hakmilik pajakan (leasehold) kepada hakmilik kekal (freehold) merupakan salah satu daripada tawaran dalam manifesto Pakatan Harapan Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang berjaya dilaksanakan.

 

Foto: Nabil Syafiq

 

Show More

Related Articles

Back to top button