Berita

Romli: MPKK perlu menjadi mata dan telinga Kerajaan Negeri

Pemimpin perlu jujur dalam menjaga kebajikan rakyat

SUNGAI LUI: Pegawai Khas Kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Romli Ishak berkata, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) perlu menjadi mata dan telinga kepada Kerajaan Negeri dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat kampung.

Berkata dalam ‘Majlis Dialog Dan Ramah Mesra Pegawai Menteri Besar Bersama Penyelaras DUN Sungai Lui dan MPKK’, Romli berkata penyaluran atau sebaran maklumat secara bercetak dan maya amat penting untuk rakyat mengetahui perkembangan semasa dan mendapat informasi tentang bantuan-bantuan yang disedialan oleh Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan.

“Di samping itu, integriti seorang pemimpin yang jujur dalam menjaga kebajikan rakyat melalui kualiti kerja dan kepuasan bekerja secara ikhlas juga amat perlu.

“Maka, lima prinsip atau nilai moral yang perlu diterapkan dalam pembudayaan seorang pemimpin ialah memperkasa (empowerment), kepimpinan (leadership), merendah diri (humble) informatif (informative) dan kerjasama (teamwork),” kata Romli.

Penyelaras DUN Sungai Lui, Tuan Zainal Fikri berkata, program dialog ini dapat membina jati diri dan semangat kepada semua MPKK DUN Sungai Lui untuk lebih berkeyakinan dalam menjalankan tugas sebagai mata dan telinga kepada kerajaan.

“Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada pegawai-pegawai Menteri Besar di atas perkongsian ilmu dan semua Ahli Jawatankuasa MPKK yang hadir menjayakan program dialog ini,” katanya.

Turut hadir Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ustaz Norazman Mohamad; Penasihat Agama Menteri Besar, Ustaz Jaafar Muhammad; Pegawai Penyelidik Menteri Besar, Puan Salwah Abu Hassan dan Penghulu Mukim Mohd Rosdi Yunus.

 

Show More

Related Articles

Back to top button