Aktiviti

Rumah diancam ‘pokok tumbang’ dapat perhatian Abd Latif

GEMENCHEH: Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi bersama penduduk Felda Sungai Kelamah telah bergotong royong menebang beberapa pokok yang mengancam keselamatan kediaman seorang penduduk, Ramlah Abu, 54.

“Memandangkan sekarang ini musim hujan lebat dan angin kencang, langkah pencegahan ini diambil agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini kepada keluarga tersebut.

“Saya juga mendapati struktur rumah keluarga ini agak uzur dan saya akan membaik pulih bumbung yang rosak dengan segera,” kata Abd Latif.

Abd Latif turut menziarahi pasangan suami isteri Zahari Muhammad, 49, dan Mariam Manap, 51, yang terlibat dengan kemalangan motosikal baru-baru ini.

Abd Latif menyerahkan sumbangan barangan keperluan dapur kepada pasangan suami isteri tersebut untuk meringankan beban yang ditanggung.

Show More

Related Articles

Back to top button