Aktiviti

Rumah ibu tunggal dibantu pemasangan pintu dan baik pulih dinding

JERAM PADANG: Puan Roslin Abdul Rahman seorang ibu tunggal yang kurang berkemampuan di Kampung Seri Rompin.

Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu berkata, pembinaaan rumah Roslin terhenti dan terbengkalai dan tidak berpintu sejak lima tahun lepas kerana faktor kewangan yang terhad akibat kematian suaminya.

“Saya sempat melawat kerja-kerja pemasangan pintu dan baik pulih dinding di bahagian depan rumah Roslin.

“Atas dasar prihatin akan keselamatan Roslin dan keluarganya, saya telah mengambil inisiatif untuk membantu beliau dan keluarganya dengan pemasangan pintu dan membaik pulih dinding rumah.

“Semoga setelah selesai pemasangan pintu dan baik pulih dinding ini, ianya dapat memberi keselesaan dan keselamatan kepada Roslin sekeluarga,” kata Musliadi.

Show More

Related Articles

Back to top button