Aktiviti

Rumah rosak dihempap pokok, Latif hulur bantuan kewangan

GEMENCHEH: Rumah seorang penduduk Felda Bukit Jalor yang rosak akibat dihempap pokok tumbang mendapat perhatian segera Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi.

“Sebahagian bumbung rumah Encik Ruslan Idris mengalami kerosakan yang teruk terutamanya di bahagian dapur.

“Saya menghulur sumbangan kewangan bagi menampung kos pembaikan bumbung rumah beliau.

“Manakala Penghulu Mukim Air Kuning, Encik Faris mewakili Pejabat Daerah Kecil Gemas menyerahkan sumbangan barangan keperluan dapur,” ujar Abd Latif.

Turut hadir Pengerusi MPKK Felda Bukit Jalor, Encik Daud dan Pegawai Kebajikan Pejabat Penyelaras DUN Gemencheh, Puan Sasriza.

Show More

Related Articles

Back to top button