Berita

Rumah rosak dihempap pokok tumbang akan dibaiki segera

LINGGI: Rumah seorang warga emas yang rosak akibat dihempap pokok tumbang mendapat perhatian segera dari Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah.

Rusli berkata, sebahagian bumbung dan dinding rumah Encik Khoo Hock Lai, 84, mengalami kerosakan yang teruk.

“Selepas dimaklumkan oleh Pengerusi MPKK Kampung Permatang Pasir, Encik Khairulnizam berhubung kejadian ini, saya telah bergegas ke tempat kejadian.

“Pada masa yang sama kami juga telah menghubungi pihak bomba. Lima anggota dari Balai Bomba Telok Kemang bertindak memotong pokok yang menghempap rumah Encik Khoo.

“Insyah Allah, rumah ini akan dibaik pulih dengan secepat mungkin,” jelas Rusli.

Show More

Related Articles

Back to top button