Aktiviti

Rumah usang berusia 30 tahun kini berwajah baru

SERTING: Umpama menanti rebah, itulah keadaan rumah Satiwnarayanan yang usang dan berusia 30 tahun di Ladang Geddes.

Justeru, Penyelaras DUN Serting, Tuan Abdul Rahman Ramli mengambil inisiatif untuk membaiki rumah tersebut.

“Setelah membuat lawatan, saya mendapati rumah Satiwnarayanan sangat uzur dan perlu dibaik pulih terutama bumbung rumah.

“Alhamdulillah, projek membaik pulih rumah beliau telah siap. Semoga ia beri keselesaan kepada beliau dan keluarganya,” ujar Abdul Rahman.

Sementara itu, Abdul Rahman bersama Pegawai Daerah Jempol, Tuan Syahrul Nizam Saleh turut meninjau permasalahan aliran longkang dan tempat pembuangan sampah di kampung tersebut.

“Kita akan cuba menyelesaikan permasalahan ini secepat mungkin,” kata Abdul Rahman.

 

Show More

Related Articles

Back to top button