Aktiviti

Rumah warga emas Kuala Talang dibaik pulih

SERI MENANTI: Sebuah rumah milik seorang warga emas di Kuala Talang telah dibaik pulih oleh Penyelaras DUN Seri Menanti, Tuan Shahran Kaat.

“Saya telah menghadiri dan turut serta dalam program gotong royong membaiki rumah Puan Azizah Alias dan saya telah menyumbang bahan binaan seperti zink, papan, cat, mangkuk tandas, simen, pasir dan tiang kayu.

“Semoga dengan sumbangan ini memberi sinar baru kepada Puan Azizah kerana sebelum ini rumah ini agak uzur untuk didiami.

“Sebelum ini rumah ini tidak didiami dan Azizah telah kembali menghuni rumah beliau,” kata Shahran.

Terima kasih kepada Pengerusi MPKK Kampung Kuala Talang, Encik Rosli Amir yang mengambil inisiatif memanjangkan keadaan Azizah kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Alhamdulillah pada hari ini gotong royong telah dilaksanakan bersama Pejabat Penyelaras DUN Seri Menanti, JKM, MPKK Kuala Talang dan Masjid Tuan Tulis yang turut menyumbang makanan pada hari ini.

“Kerjasama pelbagai pihak ini harus dipuji yang merealisasikan impian golongan yang kurang berkemampuan,” katanya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button