Aktiviti

Rusli agih 300 ekor ayam segar kepada keluarga yang memerlukan

LINGGI: Sebanyak 300 keluarga yang kurang berkemampuan dan terkesan dengan pandemik Covid-19; menerima sumbangan ayam segar dari Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah.

Rusli berkata, beliau telah mengagihkan 300 ekor ayam segar ini melalui 13 MPKK setempat.

“Kita sedar tidak semua yang dapat agihan ini memandangkan jumlah ini agak kecil dan tidak sama dengan jumlah keseluruhan penduduk Linggi.

“Ayam segar ini merupakan sumbangan dari Ahli Parlimen Port Dickson, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

“Saya ucapkan terima kasih kepada beliau atas usaha yang sangat murni ini,” katanya.

Rusli tidak lupa ‘frontliners’

Pengorbanan ‘frontliners’ yang bertugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Port Dickson di Dewan Belia dan Sukan Telok Kemang mendapat perhatian Rusli.

Menurut Rusli, beliau telah menghantar 10 kotak air mineral bersaiz besar.

“Sumbangan kecil ini sebagai tanda penghargaan kepada komitmen dan dedikasi ‘frontliners’ yang bertugas di PPV Port Dickson,” ujarnya.

Show More

Related Articles

Back to top button