Aktiviti

Rusli agih 400 pek bubur lambuk kepada penduduk Pasir Panjang

LINGGI: Sebanyak 400 pek bubur lambuk telah diagihkan kepada penduduk Kampung Pasir Panjang oleh Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah.

Rusli berkata, program memasak dan agihan bubur lambuk ini anjuran pejabatnya dengan kerjasama MPKK Kampung Pasir Panjang.

“Aktiviti memasak secara gotong royong ini diadakan di Kedai Tom Yam Zemmi di Pekan Pasir Panjang.

“Seramai 15 orang telah bergotong royong menyediakan bahan-bahan dan memasak bubur lambuk.

“Seterusnya kita mengagihkan 400 pek bubur lambuk kepada masyarakat setempat,” ujar Rusli.

Show More

Related Articles

Back to top button