Aktiviti

Rusli agih bantuan makanan kepada 20 pengawal keselamatan

LINGGI: Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah mengagihkan barangan keperluan dapur kepada 20 pengawal keselamatan di sekolah-sekolah sekitar DUN Linggi.

“Pengawal keselamatan ini tidak diberikan gaji selama beberapa bulan.

“Ini menimbulkan kesulitan kepada mereka dan saya menghulurkan bantuan makanan bagi meringankan beban yang dihadapi oleh mereka,” ujar Rusli.

Rusli berkata, beliau pandang serius isu pekerja yang tidak mendapat gaji mengikut masa yang ditetapkan.

“Saya akan cuba mendapatkan maklumat lanjut dari majikan di atas isu yang dibangkitkan ini,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button