Berita

Rusli agih bantuan makanan kepada 70 keluarga terkesan dengan Covid-19

LINGGI: Sebanyak 70 keluarga yang terkesan akibat Covid-19 menerima bantuan makanan dari Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah.

Rusli berkata, sebanyak 70 set bakul makanan telah diagihkan kepada keluarga yang dikuarantin akibat Covid-19 dan terjejas pendapatan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan.

“Sebanyak 15 keluarga dari Kampung Sawah Sunggala, Kampung Sungai Sekawang (15), Kampung Sungai Raya (15), Kampung Telok Pelandok (15) dan lima keluarga dari Kampung Segenting menerima bantuan makanan ini.

“Kami juga telah menyerahkan 5 set barangan makanan kepada Ketua Balai Polis Pasir Panjang, Tuan Salim Paenun.

“Pengagihan bantuan ini dibuat menerusi MPKK setempat dan mematuhi SOP yang ditetapkan,” katanya.

Rusli berharap semoga sumbangan ini dapat memberi manfaat dan meringankan beban keluarga tersebut.

Show More

Related Articles

Back to top button