Aktiviti

Rusli bantu 28 keluarga terkesan Covid-19

LINGGI: Sebanyak 28 keluarga yang terkesan akibat Covid-19 menerima bantuan makanan daripada Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah.

“Saya telah menziarahi dan mengagihkan bantuan barangan keperluan dapur kepada 28 keluarga di Kampung Tanjung Agas, Kampung Permatang Pasir, Kampung Sungai Raya dan Kampung Telok Pelandok.

“Sebahagian daripada mereka yang menerima bantuan ini adalah mereka yang terjejas pendapatan berikutan PKP sebelum ini dan sebahagian lagi mereka dikuarantin akibat Covid-19.

“Semoga dengan bantuan ini dapat meringankan beban yang dihadapi,” ujar Rusli.

Show More

Related Articles

Back to top button