Aktiviti

Rusli bantu penduduk miskin dapatkan rumah PPRT

LINGGI: Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah sentiasa mengambil langkah proaktif dalam membantu individu kurang berkemampuan yang sangat-sangat memerlukan kediaman.

Baru-baru ini Rusli telah menziarahi tiga individu yang telah menerima bantuan pembinaan semula rumah PPRT.

“Encik Wong Teck Foo dari Kampung Sengkang telah memohon untuk mendapatkan sebuah rumah untuk keluarga beliau, setelah rumah asal musnah akibat kebakaran.

“Rumah ini telah siap dua bulan yang lepas dan kini selesa untuk diduduki.

“Encik Lee Ah Loy dari Kampung Takau pula memohon bantuan rumah setelah rumah asal beliau terlalu usang dan tidak boleh dibaiki lagi. Rumah beliau siap tiga bulan lepas,” katanya.

Sementara itu menurut Rusli, rumah untuk keluarga Puan Zaidah Sidek dari Kampung Sungai Sekawang yang rumah asalnya uzur, masih dalam pembinaan dan diharapkan dapat disiapkan segera.

“Kita juga sedang menunggu pembinaan untuk sebuah lagi rumah yang akan dibina di Kampung Bukit Tembok.

“Terima kasih kepada Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan yang telah meluluskan permohonan yang dibuat oleh Pejabat Penyelaras DUN Linggi.

“Segala usaha yang kita lakukan ini adalah untuk kebaikan dan kebajikan rakyat,” kata Rusli.

Show More

Related Articles

Back to top button