Aktiviti

Rusli bantu tiga keluarga dikuarantin akibat Covid-19

LINGGI: Tiga keluarga dikuarantin akibat Covid-19 di DUN Linggi, menerima bantuan makanan dari Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah.

“Saya menghantar barangan makanan kepada tiga buah keluarga yg dikuarantin akibat Covid-19 di Taman Greenview, Linggi dan Kampung Sawah Sunggala.

“Kita doakan urusan semua keluarga ini akan dipermudahkan ketika menghadapi ujian ini,” ujar Rusli.

Rusli juga berkesempatan menyantuni seorang warga emas, Makcik Khadijah Kedek, 96 dari Kampung Sungai Raya.

“Beliau keuzuran kerana sakit tua. Atas permohonan keluarganya, saya telah menyumbang sebuah kerusi roda dan lampin pakai buang,” kata Rusli.

Show More

Related Articles

Back to top button