Berita

Rusli edar Jalur Gemilang kepada MPKK DUN Linggi

LINGGI: Sempena sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos ini, Pejabat Penyelaras DUN Linggi telah mengedarkan bendera Malaysia dan bendera Negeri Sembilan kepada MPKK di DUN Linggi.

Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdulah berkata, 40 helai bendera Malaysia dan bendera Negeri Sembilan diserahkan kepada MPKK Kampung Telok, MPKK Kampung Tanjung Agas, MPKK Kampung Bukit Tembok, MPKK Kampung Sungai Sekawang, MPKK Kampung Permatang Pasir dan MPKK Kampung Sawah Sunggala.

“Kerjasama dari setiap MPKK diperlukan untuk memasang bendera di kampung masing-masing.

“Walaupun kini kita berada dalam suasana PKP dan pandemik Covid-19, usaha mengibarkan Jalur Gemilang ini adalah bagi menghargai keprihatinan, kesungguhan dan ketabahan warga Malaysia mengharungi cabaran dan dugaan wabak Covid-19 yang melanda,” jelas Rusli.

Show More

Related Articles

Back to top button