Berita

Rusli: Kerja menurap jalan di Pekan Linggi siap

LINGGI: Kerja-kerja menurap semula jalan dan tempat letak kereta di hadapan deretan kedai di Pekan Linggi telah siap sepenuhnya, kata Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah.

“Permohonan untuk menurap semula jalan dan tempat letak kereta di hadapan deretan kedai di Pekan linggi yang dimohon melalui Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) pada tahun lepas sudah disiapkan.

“Diharapkan dengan siapnya kerja menurap semula ini, ianya memberi keselesaan kepada orang ramai dan pemilik premis perniagaan di sini.

“Terima kasih kepada MPPD selaku pelaksana kerja melalui MARRIS, yang telah melaksanakan kerja-kerja ini dengan kemas dan berkualiti,” ujar Rusli.

Show More

Related Articles

Back to top button