Aktiviti

Rusli mahu anak Orang Asal tidak tercicir dalam pendidikan

16 pelajar Orang Asal terima beg sekolah dan peralatan alat tulis

LINGGI: Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah berkata, bidang pendidikan merupakan salah satu bidang yang sangat penting dalam kehidupan demi masa depan anak-anak.

“Tidak kira anak Melayu, Cina, India mahupun Orang Asal, ibubapa harus memberi penekanan yang sewajarnya dalam soal pendidikan anak-anak.

“Justeru, untuk memastikan anak-anak Orang Asal tidak tercicir dalam pendidikan, saya telah menganjurkan program Back to School di Kampung Orang Asal Bukit Kepong.

“Seramai 16 pelajar menerima sumbangan beg sekolah dan peralatan alat tulis,” kata Rusli.

 

45 keluarga Orang Asal terima sumbangan barangan keperluan asas

Sementara itu, dalam program yang sama, Rusli berkesempatan mendekati dan menyantuni masyarakat Orang Asal Bukit Kepong.

“Saya beri penerangan mengenai insentif dan inisiatif Bajet 2021 dan memberikan perincian apa yang berkaitan dengan Orang Asal.

“Saya juga mengadakan sesi dialog dengan masyarakat Orang Asal mengenai beberapa isu setempat.

“Alhamdullillah, mereka juga faham tentang hal ehwal semasa.

“Di akhir program saya menyerahkan sumbangan barangan keperluan asas, pelitup muka (face mask) dan kalendar 2021 kepada 45 keluarga di sini,” ujar Rusli.

 

Show More

Related Articles

Back to top button