Berita

Rusli: Masalah banjir di Pasir Panjang sedang diatasi

LINGGI: Kejadian banjir kilat di Kampung Batu 14, Pasir Panjang mendapat perhatian segera dari Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah.

Rusli telah membuat satu lawatan ke Palm Spring Port Dickson bagi mengenal pasti punca air hujan dari Kampung Batu 14 yang tidak dapat mengalir lancar ke laut dan menyebabkan berlakunya banjir kilat.

“Setelah mengenal pasti punca berlakunya banjir, satu perbincanagn telah diadakan dengan wakil MPKK, Pengarah Palm Spring Port Dickson dan Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Port Dickson.

“Perbincangan tersebut telah menggariskan beberapa tindakan jangka masa pendek dan panjang dalan menyelesaikan masalah banjir kilat tersebut.

“Tindakan jangka pendek sedang diambil oleh pihak JPS dan diharapkan ianya dapat mengatasi masalah banjir kilat yang sering dihadapi dan memberikan kelegaan kepada penduduk,” kata Rusli.

Sementara itu, Rusli juga melawat mangsa banjir dan sebanyak lapan buah rumah dinaiki air pada 28 September lepas.

Rusli menyumbangkan barangan keperluan dapur kepada semua mangsa banjir tersebut.

Show More

Related Articles

Back to top button