Aktiviti

Rusli menyantuni 10 keluarga yang memerlukan bantuan

LINGGI: Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah menyerahkan sumbangan barangan keperluan dapur kepada 10 keluarga yang memerlukan bantuan di Kampung Permatang Pasir dan Kampung Telok Pelandok.

“Saya telah menziarahi lima keluarga yang kurang berkemampuan di Kampung Permatang Pasir.

“Manakala di Kampung Telok Pelandok saya melawat lima lagi keluarga dan ini termasuk sebuah keluarga yang ditimpa kemalangan jalanraya baru-baru ini.

“Saya menghulurkan sumbangan kewangan dan barangan keperluan dapur kepada semua keluarga ini,” ujar Rusli.

“Semoga semua keluarga ini dipermudahkan segala urusan,” kata Rusli.

Show More

Related Articles

Back to top button