Berita

Rusli mohon rakyat jaga kebersihan setempat

Kesal sampah dibuang merata-rata walaupun tong sampah disediakan

LINGGI: Penyelaras DUN Linggi, Encik Rusli Abdullah menlahirkan kekesalan terhadap segelintir penduduk setempat di Dataran Tanjung Agas, Linggi yang membuang sampah merata-rata walaupun tong sampah besar disediakan di kawasan tersebut.

“Kawasan ini kawasan rekreasi, ada kedai makan dan tempat bot nelayan mendarat.

“Malangnya ada penduduk yang membuang sampah sesuka hati, walaupun tong sampah yang besar telah disediakan.

“Saya kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab segelintir rakyat terhadap pencemaran sebegini.

“Saya mohon kerjasama rakyat untuk terus menjaga kebersihan kawasan masing-masing,” kata Rusli.

Rusli berkata, beliau telah meminta pihak Majlis Perbandaran Port Dickson mengambil tindakan segera dengan membersihkan sampah sarap tersebut dan juga memasang papan tanda peringatan melarang orang ramai membuang sampah di lokasi tersebut.

Show More

Related Articles

Back to top button