Berita

Rusli santuni 28 keluarga terkesan dengan Covid-19

LINGGI: Sebanyak 28 keluarga yang terkesan dengan pandemik Covid-19 menerima bantuan bakul makanan dari Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah.

“Sumbangan bakul makanan ini diagihkan kepada 28 keluarga ini menerusi MPKK Sawah Sunggala, MPKK Pasir Panjang, MPKK Bukit Tembok dan MPKK Rumah Rakyat Linggi.

“Sepanjang bulan ini saya telah menyalurkan sejumlah 500 set bantuan bakul makanan.

“Saya sentiasa peka dengan keadaan keluarga yang terputus bekalan makanan dan terjejas pendapatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan DiPerketatkan (PKPD).

“Saya berharap bantuan ini dapat meringankan beban keluarga terbabit,” kata Rusli.

Untuk rekod, daripada 28 keluarga tersebut, lima keluarga dikuarantin akibat Covid-19, manakala selebihnya terjejas pendapatan berikutan PKPD.

Show More

Related Articles

Back to top button